Saturday, November 12, 2011

SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN)


Faktor-faktor pengeluaran yang dimaksudkan di sini adalah seperti berikut;

i.              Tanah dan sumber semula jadi.

Tanah adalah penting, kerana di atas tanah inilah proses pengeluaran dapat dijalankan. Di atas tanah inilah bangunan kilang dapat didirikan. Selain itu tanah juga dapat digunakan untuk pertanian, pembinaan jalan raya dan sebagainya. Sementara sumber semula jadi seperti bijih timah, minyak, besi, emas, kayu kayan dan seribu satu jenis bahan sumber alam ini ada terdapat sama ada di dalam atau di atas tanah. Sumber-sumber semula jadi ini akan digunakan sebagai bahan mentah dalam sesuatu proses pengeluaran.

ii.            Buruh

Buruh adalah merupakan tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran. Berapa banyak ia digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran bergantung kepada tingkat teknologi yang digunakan dan kecekapan yang dimiliki oleh buruh tersebut. Jika sekiranya teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran ini adalah merupakan intensif buruh, maka jumlah bilangan buruh yang digunakan adalah tinggi atau ramai. Begitu juga sekiranya kecekapan buruh itu tinggi (misalnya buruh ini mempunyai tingkat kemahiran yang tinggi) maka jumlah buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran itu adalah rendah. Dalam lain perkataan, kecekapan buruh ini adalah bergantung kepada tingkat pendidikan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang buruh itu. Semakin tinggi kecekapan yang dimilikinya, maka semakin tinggilah daya pengeluarannya.

Kedua-dua buruh dan tanah adalah disebut sebagai faktor pengeluaran primary/utama.


iii.           Modal

Modal berbeza dengan buruh dan tanah. Modal bertindak sebagai input atau faktor kepada proses pengeluaran, tetapi pada masa yang sama ia juga adalah merupakan output atau keluaran dari satu proses pengeluaran yang lain. Misalnya kenderaaan lori adalah dianggap sebagai barang modal yang digunakan untuk mengeluarkan satu barang, tetapi lori ini sendiri adalah merupakan hasil keluaran satu proses pengeluaran yang lain, iaitu industri pengeluaran lori. Maka, modal di sini boleh didefinisikan sebagai barang keluaran (hasil keluaran satu proses pengeluaran – industri, yang lain) yang digunakan sebagai input kepada satu pengeluaran yang lain. Maka modal ini berbeza dengan tanah dan buruh, yang mana tanah dan buruh adalah merupakan input yang berbentuk asal, yang digunakan terus sebagai input kepada satu proses pengeluaran, sedangkan modal adalah hasil satu proses pengeluaran yang lain.

iv.           Keusahawanan

Keusahawanan pula adalah dianggap sebagai satu daripada faktor pengeluaran. Ini kerana usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran. Walaupun kita mempunyai faktor-faktor tanah, buruh dan modal, tetapi jika usahawan ini tidak mengambil tindakan untuk melaksanakan proses pengeluaran tersebut, maka proses pengeluaran dan seterusnya output atau keluaran satu barang atau perkhidmatan itu tidak akan berlaku. Satu perbezaan yang penting di antara usahawan ini dengan tanah, modal dan buruh ialah usahawan adalah orang yang sanggup menanggung risiko daripada satu proses pengeluaran. Faktor-faktor pengeluaran buruh, modal dan tanah tidak akan menanggung risiko dalam satu proses pengeluaran, dan ia akan tetap mendapat bayaran daripada penggunaannya. Tetapi usahawan mungkin akan mendapat bayaran atau mungkin juga tidak akan mendapat bayaran hasil daripada proses pengeluaran tersebut.Ini kerana keuntungan yang diperolehi oleh usahawaan adalah bergantung kepada perbezaan di antara jumlah pendapatan yang diperolehi dan jumlah kos operasi yang dtanggongi oleh firma tersebut.

Nilai Murni

Definisi Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.


Aspek Nilai-nilai Murni

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:

    1. Secara pertuturan
    2. Secara perlakuan
    3. Secara teladan
    4. Secara isyarat
    5. Secara kefahaman
    6. Secara interpretasi
    7. Secara konteksual

Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-

    1. Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:
    • Aspek belas kasihan
    • Bertimbang rasa
    • Murah hati
    • Saling faham memahami
    • Sedia memaafkan
    1. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:
    • Bertanggungjawab
    • Berupaya bertindak sendiri
    • Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.


    1. Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah:
    • Kesopanan
    • Mengakui kesalahan
    • Ramah mesra
    1. Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi:
    • Hormat dan taat kepada ibubapa
    • Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
    • Hormat kepada raja dan negara
    • Patuh kepada undang-undang
    • Hormat kepada hak asasi
    • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
    • Hormat kepada keperibadian individu.
    1. Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
    • Sayang kepada nyawa
    • Sayang kepada alam sekeliling
    • Cinta kepada negara
    • Cinta kepada keamanan dan keharmonian
    1. Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
    1. Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
    • Kebebasan di sisi undang-undang
    • Kebebasan dalam sistem demokrasi.
    1. Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
    • Berani dengan tidak membuta tuli
    • Berani kerana benar
    • Berani mempertahankan pendirian
    • Berani bertanggungjawab.
    1. Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:
    • Kebersihan diri
    • Kebersihan persekitaran
    • Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
    • Pemikiran yang sihat dan membina
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
    1. Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
    1. Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
    1. Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:
    • Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
    • Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.
    1. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
    1. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
    1. Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.
Strategi Penerapan Nilai Murni

Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.
Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.
Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.
Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain.
Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.
Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai.

Teknik Penerapan Nilai Murni

Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:

  • Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)
  • Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain
  • Aktiviti ko-kurikulum
  • Aktiviti persatuan sekolah

Melaui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.
Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.
Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.

Jenis-jenis Nilai


Jenis-jenis nilai

Nilai
Huraian
Contoh
Catatan
Instrumental (ekstrinsik)
 Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat
 Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormat-menghormati
  Dia belajar dengan begitu rajin supaya boleh mendapat keputusan PMR yang cemerlang.
  Nilai rajin diamalkan atas rmatlamat mencapai kejayaan hidup. 
Intrinsik
  Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya
  Tidak bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat
  Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir
  Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan
  Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya.
 Kasih sayang ibu bapa adalah lahir semulajadi dan bukan kerana untuk mendapatkan balasan daripada anak mereka.
Obejktif
 Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi
 Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang
 AIDS adalah suatu isu moral. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), AIDS mengancam nyawa setiap individu, termasuklah kanak-kanak.
  Pandangan berkenaan AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima dan dipersetujui kebanyakan orang.
Subjektif
  Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberika pandangan
  Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu

   Saya tidak bimbang tentang penyakit AIDS. Saya kenal rakan-rakan saya dan mereka tidak menghidapnya.
   Lagipun tidak banyak dalam kalangan yang saya kenal.
  Pandangan berkenaan AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima  oleh seseorang itu sendiri. 
Mutlak
  Nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesetengah masyarakat
  Sifatnya kekal dan diterima umum dan telah diuji oleh masa sebagai sesuatu yang baik
  Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat
 Hukuman mati atas pesalah yang didapati membunuh seseorang yang lain.

 Nilai keadilan dianggap mutlak apabila seseorang yang didapati bersalah membunuh seseorang yang lain akan dihukum. Jika ini berlaku pada masa dan tempat yang lain, hukuman yang sama juga akan dijatuhkan terhadap pembunuh.
Relatif
  Nilai yang diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamat
  Sifatnya tidak menentu, tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlaina
  Nilai dianggap berbeza oleh masyarakat yang berlainan, malah dalam masyarakat yang sama, nilai itu mungkin boleh berubah mengikut masa
 Penggunaan Bahasa Inggeris di papan tanda.
  Pandangan berkenaan pada satu ketika dahulu dianggap sebagai tidak patrioktik. Tanggapan sedemikian berubah apabila kerajaaan memargabatkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan hari ini.

Nilai Alam Sekitar

  1. Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
  2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
  3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
    1. mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
    2. lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya.
    3. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
    4. memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
    5. menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.
    6. berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
  4. Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
  5. Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
  6. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
    1. Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
    2. Bumi dan alam semesta
    3. Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
    4. Benda hidup dan alam sekitarnya
    5. Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
    6. Pengurusan alam sekitar
  7. Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
    1. rohani dan moral
    2. penyerapan
    3. berpusatkan pelajar
  8. Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
    1. pengetahuan dan kefahaman konsep
    2. nilai-nilai murni dan sikap positif
    3. kemahiran berfikir
    4. kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
    5. aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
  9. Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
    1. Kerja amali
    2. Membuat kajian dan eksperimen
    3. Perbincangan
    4. Sumbang saran
    5. Demonstrasi
    6. Menonton TV, video dan slaid
    7. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
    8. Cerita
    9. Membaca buku, majalah dan akhbar
    10. Projek
    11. Permainan dan simulasi
    12. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
    13. Lawatan
    14. Kempen alam sekitar
    15. Rintis
    16. Kem alam sekitar
    17. Program sandaran
  10. Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
    1. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
    2. Stesen mengkaji pencemaran
    3. Stesen mengkaji tumbuhan
    4. Stesen mengkaji haiwan
    5. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
    6. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
    7. Stesen mengkaji penggunaan air
    8. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
    9. Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
    10. Stesen mengkaji penggunaan bahan api
    11. Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
    12. Stesen mengkaji tanam-tanam
    13. Stesen mural
    14. Stesen mengkaji cuaca
    15. Stesen permainan pendidikan alam sekitar
    16. Stesen di tiang bendera
    17. Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
    18. Stesen di tandas dan dibilik darjah.
  11. Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan dan mempamerkan bahan alam sekitar.

Nilai Patriotik

·  Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
·  Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:
a.            mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
b.            mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
c.            bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
d.            memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
e.            membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
f.            bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
·  Guru perlu merujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme di Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program itu.
·  Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan unsur patriotisme di dalam topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di atas.
·  Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:
  1. kerja projek
  2. permainan
  3. simulasi
  4. lakonan
  5. drama
  6. perbincangan
  7. lawatan

Tuesday, June 7, 2011

Langkah-langkah Pembinaan JSU

1. Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji

2. Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran

3. Bina carta dua hala

4. Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran

5. Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid

6. Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum

Jadual Spesifikasi Ujian

- Dikenali juga sebagai jadual Penentuan Ujian (JPU)
- Satu blue print ujian / test specification
- Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
- Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
- Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
- Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JSU
- Ujian tidak dibina secara sembarangan
- Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
- Panduan kepada penggubal soalan
- Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
- Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang