Monday, September 6, 2010

Kedaulatan (konsep, ciri-ciri dan jenis-jenis)

KONSEP
- Kedaulatan ialah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat politik, untuk membuat keputusan tentang hal – hal yang berhubung dengan politik.
-Dipelopori oleh Jean Bodin ( 1530 – 1596 ) dalam buku Six Books Concerning the State menegaskan kadaulatan sebagai kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara yang merupakan suatu kekuasaan yang mutlak dan abadi daripada negara.

CIRI-CIRI KEDAULATAN

1. Kekal
- Walaupun berlaku pertukaran pemerintah namun kedaulatan tidak akan berubah dan apa yang berubah hanyalah pemerintahan negara itu.


2. Unsur Kuasa Tinggi
- Kuasa ini tidak dapat disaingi oleh mana-mana ciri dalam negara tersebut kerana jika ada persaingan maka ia tidak lagi merupakan sesuatu yang berdaulat.

3. Tidak Terbatas
- Kedaulatan itu merangkumi segenap aspek yang wujud dalam sesuatu negara dan tiada yang terkecuali.

4. Mutlak
- Kedaulatan tidak boleh dibataskan dan tidak ada apa-apa yang lebih berdaulat daripadanya.

5. Had Rangkuman
- Kedaulatan negara meliputi seluruh rakyat dan merangkumi setiap pelusuk wilayah negara berkenaan. Tidak ada sedikit pun kawasan yang terkecuali dan pada kuasa mutlak negara.


JENIS-JENIS KEDAULATAN

1. Kedaulatan Politik
- Kedaulatan politik ialah kedaulatan yang mempengaruhi pengundi dalam negara kerana kemahuan rakyat disalurkan melalui wakil di parlimen.

2. Kedaulatan Undang-undang
- Hasil daripada kedaulatan politik dan menyatakan kuasa tertinggi dalam sesuatu negara ialah undang-undang dan parlimen yang bertanggungjawab meluluskan undang-undang.

3. Kedaulatan Rakyat
- Dibentuk atas persetujuan rakyat melalui pilihanraya.
- Kekuasaan rakyat uang setanding dengan kuasa yang dimiliki oleh pihak berkuasa.
- terdapar garis pemisah antara rakyat yang diperintah di satu pihak dengan pihak yang memerintah di pihak lain.
- rakyat ditafsir lebih berdaulat kerana segala yang dilakukan oleh pemerintah merangkumi rakyat (rakyat berhak menarik balik keyakinan)

4. Kedaulatan Negara
- Tidak berfungsi di luar batas wilayah negara.
- Pihak yang berkuasa dianggap mempunyai satu keistemewaan untuk menguatkuasa undang-undang dengan penuh yakin.
- Pemerintah boleh menggunakan paksaan ke atas rakyat untuk memastikan bahawa mereka menurut perintah.
- Bebas daripada kekuasaan mana-mana negara dan setara dalam lapangan politik antarabangsa
- Tidak bebas daripada undang-undang yang dikenakan ke atas kebebasan diri, harta benda dan nyawa seseorang rakyat.

5. Kedaulatan Antarabangsa
- Kedaulatan yang dianggap sebagai milik semua negara semasa mereka bertindak dalam arena politik antarabangsa.
- Sebuah negara yang bebas dan merdeka menjalankan urusan perhubungan antarabangsa tanpa diganggu atau dihalang oleh mana-mana pihak
- Negara berkenaan juga tidak boleh campur tangan (mempunyai kedaulatan) dalam urusan politik negara lain.


Sumber rujukan : K. Ramanathan (2003), Asas Sains Politik, Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor.

No comments: