Monday, June 6, 2011

Ujian Objektif dan Ujian Subjektif

Ujian Objektif

Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu:
1. Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan

Kelebihan
1. Mudah disemak
2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3. Menguji banyak topik
4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan
1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
3. Sukar untuk dibina
4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6. Tidak dapat mengukur keaslian

Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
• Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Kelebihan
• Mudah digubal
• Sesuai untuk semua mata pelajaran
• Sesuai untuk semua aras taksonomi
• Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
• Mengurangkan konsep meneka.
• Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
• Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan
• Bidang yg diuji terhad
• Soalan boleh diramal
• Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
• Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

No comments: